Jawatan : RENJER HUTAN
Gred : G17
Klasifikasi Perkhidmatan : Pertanian
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Jadual Gaji :
: RM : RM
: RM : RM
: RM Min: RM 2000.00
Syarat Lantikan :  
Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut :-

(a)(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
        kerajaan serta Sijil Perhutanan Renjer Hutan daripada Institut Latihan
        Perhutanan Kerajaan yang diiktiraf oleh kerajaan;
        (Gaji Permulaan P1 : RM1101.34); atau

    (ii) Sijil Perhutanan Renjer Hutan daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung
        Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
        (Gaji Permulaan P1 : RM1326.94); dan

(b) Kepujian Bahasa Melayu (termasuk Lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
     Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pengawas Hutan layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan ke jawatan Renjer Hutan Gred G17, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :-

(i) Mempunyai kelayakan di perenggan (a) di atas; atau

(ii) Lulus Peperiksaan Khas;